Sunday 10 February 2019

Magic Ocean Pearl

AHLI KUMPULAN:

         

   1. Lim Yee You

     2.Siti Norhafizah

 3.Siti Muti’ah

   4.Siti Nurfathin

        5.Rabiatul Hazirah



TAJUK


Magic Ocean Pearl (MOP)


ABSTRAK


               Model ‘Magic Ocean Pearl’  adalah satu kaedah yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pengajaran (PdP)  bagi kelas praktikal D1M1P10.  Ia bertujuan membantu para pelajar mengira bilangan mol (larutan yang identikal, isipadu berbeza) dengan tepat berdasarkan pemahaman konsep mol yang betul. . Kaedah ini menggunakan  bijian Kristal yang diisi dalam kelalang isipadu dan kelalang kon bagi memberi kefahaman kepada pelajar bahawa bilangan mol yang wujud di dalam suatu larutan yang sama kepekatannya tetapi berbeza isipadu adalah tidak sama. Melalui perbincangan semasa “post-lab” (Ujian 1), di bahagian analisis data (pengiraan) bagi eksperimen 3 (Quantitative Analysis of Baking Soda) seperti di dalam buku amali program dua tahun semester 1 sesi 2018/2019, seramai 66.67% (10 pelajar) memperoleh 0 markah dalam pengiraan bilangan mol tersebut. Hanya 6.67% (1 pelajar) yang memperoleh markah penuh (4), manakala 26.67% (4 pelajar) memperoleh markah di antara 1 hingga 2.     

     Langkah 1:    Aplikasi model “Magic Ocean Pearls” oleh pensyarah di dalam kelas amali, aktiviti hands-on oleh pelajar serta perbincangan di dalam kumpulan berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.      

    Langkah 2:  Pelaksanaan Ujian 2 bagi menilai  keberkesanan kaedah yang telah digunakan terhadap ketepatan pelajar mengira bilangan mol bagi larutan yang sama kepekatan tetapi isipadu berbeza.Hasil daripada Ujian 2 mendapati seramai  86.67%  (13 pelajar) berjaya mengira bilangan mol dengan tepat dan memperoleh markah penuh (4). 6.67% (1 pelajar) mengekalkan perolehan 0 markah dan 6.67% (1 pelajar) menunjukkan peningkatan 0 kepada 3 markah.      Secara keseluruhannya, peningkatan pencapaian pelajar sebanyak 93.33%. Ini membuktikan penggunaan model ‘Magic Ocean Pearl’ di dalam kelas amali adalah satu kaedah yang boleh digunapakai untuk membantu pelajar mengira bilangan mol (larutan yang identical, isipadu berbeza) dengan tepat berdasarkan pemahaman konsep mol yang betul.


    KATOGERI



     Amalan PdP dalam kelas

    OBJEKIF


      Masalah :

      Pelajar  tidak dapat memahami bahawa bagi larutan yang sama kepekatan dan berbeza isipadu, bilangan molnya adalah berbeza.
       

       Objektif

       Membantu pelajar membuat visualisasi tentang konsep kepekatan dan mol serta meningkatkan kemahiran mengira mol  dalam experiment titran dengan memggunakan alat bantuan yang dimodifikasi (MOP). Alat bantuan ini bukan saja boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami pengiraan mol dalam larutan yang berbeza isi padu, malah sesuai digunakan untuk menerangkan konsep pencairan larutan yang boleh dirancang pada masa depan.


   KUMPULAN SASARAN


     Kelas praktikal D1M1P10 KMS  
    

   PELAKSANAAN

  
      1. Sejumlah bola kristal dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik 250mL.
 
     2.Sebanyak 200mL air dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik yang berisi bola kristal.
 
      3. Dengan andaian bahawa bola kristal ialah bahan larut dan air ialah pelarut, pensyarah bertanya pelajar berapakah kepekatan larutan tersebut jika setiap kristal mewakili 1 mol.

      4. Kemudian, sebahagian larutan berserta kristal dipindahkan ke dalam 100mL kelalang kon.

     5. Berdasarkan pemerhation mereka, pensyarah bertanya kepada pelajar adakah kepekatan atau bilangan mol berubah setelah sebatian tersebut dipindahkan ke dalam kelalang kon.
 
   6. Pelajar membuat hands-on and mereka membuat perbincangan di dalam kumpulan kecil.

    7. Ujian 1 dan ujian 2 dijalankan berdasarkan esperimen 3 dalam buku manual

:      ( Ttile : Quantitative Analysis of Baking Soda.  Question : Calculate the number of moles of NaHCO3 in 
      a) 25mL of the baking soda solution
 )    b ) The original solution in the volumetric flask
      




Bahan yang digunakan

Bola Kristal dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik


Air dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik


Sebahagian larutan dipindahkan ke kelalang kon









o